Uncategorized

Sindrom di atas

Bila capai satu tingkat lebih tinggi dari kebiasaan yang dicapai, akan datang satu sindrom yang mana:

  • Apa yang kita biasa buat di tingkat bawah, kita dah tak pandang (out of sight, out of mind);

Kesan dari sindrom ini:

  • Boleh jadi hasil kerja (outcome) sudah tak sama macam waktu kita di tingkat tersebut – dek kerana kita dah tinggalkan aktiviti tersebut kepada orang lain (bisnes – staff, keluarga – bibik);
  • Kesan jangka panjang, akan bagi impak kepada hasil nyata, seperti jumlah jualan (bisnes), perangai anak-anak (keluarga).

Cara terbaik untuk elak dari kesan sindrom ini adalah, jangan lupa terus! Buat aktiviti berkala (mingguan, dwi-mingguan, bulanan, separa-tahunan, tahunan) untuk jenguk balik tingkat-tingkat bawah yang ditinggalkan.

Dari situ kalau ada sesuatu yang tak kena, boleh terus ambil tindakan, untuk pastikan landasan yang dibina, masih dilalui, dan bukannya landasan baru dibuat menuju lembah jahanam.

You may also like

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *