Uncategorized

Saya tak beli A, sebab M dah ada

Nota: Saya tak buat apa-apa kajian berempirikal & mendalam untuk teori ini. Lebih kepada pendapat peribadi.

Dalam nak buat keputusan untuk satu-satu pembelian, lebih-lebih lagi yang melibatkan nilai harga yang tinggi, ego juga memainkan peranan yang penting.

Berapa pemberat ego dalam menentukan keputusan untuk beli A, dan bukannya B, mahupun Z?

Tiada kajian yang empirikal untuk tahu dengan jelas nilai pemberat.

Namun, ego boleh jadi disebabkan oleh, si M sudah ada A, maka kita elak beli A. Kita beli B.

Contoh:

– Nak beli kereta, spesifikasi penting dah buat, lebih-lebih lagi bila semua gangguan-gangguan dibuang & kejelasan dalam nak buat keputusan sudah dibina;

– Bila sampai pilihan terakhir, A menepati ciri-ciri yang kita nak;

– Tapi, dek asbab jiran kita, si M (yang mana seorang yang kompetitif, tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia) juga bawa kereta yang sama;

– Jadi, kita ubah fikiran. Pilih C, yang mana pilihan kedua selepas A.

Ada masanya, betapa jelas & objektifnya keputusan yang kita nak buat, ada masa ego boleh jadi tembok terakhir yang buatkan kita berubah fikiran.

You may also like

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *