Apabila berlaku sesuatu bencana, yang mana secara jelas kita boleh kaitkan dengan kesan dari tangan-tangan manusia tu sendiri, boleh lah ambil pengajaran, dengan lebih serius.
Perubahan, boleh datang dari:
1. Diri sendiri
2. Keluarga
3. Jiran
4. Komuniti setempat
5. Daerah
6. Negeri
7. Negara
Mana satu tahap yang kita mampu buat, sekurang-kurangnya mula dengan yang pertama, diri sendiri.
Bencana alam, sangat berkait rapat dengan fenomena perubahan iklim (baca: climate change), dan sejak berzaman lagi amaran telah dibuat, oleh mereka yang berfikir.
Sedikit nota hasil dari bacaan rumusan buku tulisan Bill Gates, How to Avoid a Climate Disaster yang kita boleh applikasikan di tahap diri sendiri, keluarga & komuniti:
1. Renewable energy – tenaga dari sumber bukan fossil-based (contoh: mula guna solar sebagai alternatif tenaga elektrik untuk perkakas tertentu di rumah);
2. Tanam banyak pokok. Elak dari tebang pokok;
3. Beralih kepada makanan plant-based, dan mula kurangkan makan daging;
4. Elak membazir makanan;
Memang ada banyak lagi perkara canggih manggih yang disebut dalam buku tersebut – contoh pelaburan kepada teknologi baru yang mengurangkan carbon emission, tapi itu bukan untuk nota kali ni.
Sebelum kita pergi yang lebih canggih, lebih kompleks, kita cuba buat dulu apa yang kita boleh capai, yang low hanging fruits.
Sebab kalau 30 juta orang Malaysia boleh buat perkara yang sama, ada cara fikir & kerisauan yang sama, insyaAllah kita boleh (paling kurang) mengurangkan kadar keterukan (severity) musibah-musibah yang berlaku di sekeliling kita.