Uncategorized

Mencari kelemahan dalam setiap keputusan yang dibuat

Setiap hari, kita akan buat banyak keputusan.

Berapa banyak, itu bergantung kepada siapa kita, dalam situasi apa.

Seorang ayah, perlu buat keputusan lebih banyak daripada anaknya.

Dan setiap keputusan yang dibuat, akan ada hasilnya (outcome).

Topik membuat keputusan ini adalah salah satu topik yang menarik minat saya untuk buat kajian yang lebih mendalam, sejak dari hari pertama cuti ‘sabbatical’ pada bulan Jun 2020.

Kebanyakan bahan bacaan & kajian, datang daripada buku-buku yang berkaitan dengan BS (behavioral science).

Dari Daniel Kahneman, Daniel H. Pink, Dan Ariely, Nassim Nicholas Taleb, dan ramai lagi.

Jadi disini, akan jadi sebuah repositori untuk segala nota-nota tentang bagaimana manusia buat sesatu keputusan, dan yang paling penting, kenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada, dalam proses keputusan tersebut dibuat.

Kelemahan tersebut tidak sama sekali mencari keaiban, tetapi lebih kepada ‘post mortem’ supaya ‘lubang-lubang’ tersebut dapat ditutup, dan tak diulangi untuk masa hadapan.

Jadi, selamat datang ke repositori cara fikir yang lebih baik, untuk buat keputusan yang lebih baik.

You may also like

Leave a reply

Your email address will not be published.