Uncategorized

Jimat RM8,499

Macbook Pro yang aku pakai sekarang, dah nak penuh storage.

Jadi secara automatik, kerja akan jadi sedikit perlahan, dek kelembapan proses fail 2 ke 3 saat dari kebiasaan.

2 ke 3 saat, untuk satu task.

Dalam sehari, boleh jadi ratusan task yang kena buat. Jadi boleh kira berapa banyak masa yang rugi.

Macbook Pro ni dah masuk tahun ke-3.

Jadi, kebiasaanya (untuk aku, yang memang akan naik taraf peranti setiap 3 ke 5 tahun), masa untuk naik taraf.

Masa untuk beralih kepada peranti yang lebih terkini, dengan storan yang lebih besar (target: 1TB).

Terus buka laman web Apple. Dan nampak versi terkini, yang berkenan dengan mata (dan tabung perlu dikorek sedikit):

Dengan harga 5 angka, perlu cara fikir yang lebih kreatif.

Samada bagaimana:

1. Nak cari duit?

2. Nak kekalkan prestasi Macbook sedia ada?

Untuk soalan pertama, ada beberapa pilihan:

A – Keluar KWSP ikut apa yang PM umum harini. Boleh keluarkan RM10k lagi;

B – Korek simpanan kecemasan;

C – Guna belian kaedah instalment;

D – Trade-in (nilai semasa untuk trade-in dalam RM2k – jadi ada penjimatan disini).

Tampak ada peluang disitu.

Memandangkan pelaburan ini melibatkan 5 angka (ya, belian alatan yang mampu buat kerja kita lebih efisien, cepat, dan kurangkan stress – ini dipanggil pelaburan), kena buat beberapa kali ‘saringan’ dulu.

Perlu cari jawapan untuk soalan ke-2 dulu.

Macam mana nak kekalkan prestasi Macbook sedia ada?

Jawapan paling senang, kurangkan storan, dengan target kurang dari 50% kapasiti storan sedia ada (aku tak ada buat kajian terlalu mendalam pasal nilai ambang 50%, ini cuma pengalaman peribadi lebih 10 tahun pakai peranti Mac).

Jadi,

A – Upload fail-fail yang dah lama tak pakai ke Google Drive, dan buang di laptop;

B – Sama macam A, cuma daripada upload ke Google Drive, kita transfer ke external storage, dan buang di laptop;

C – Naik taraf kapasiti storan (?)

Pilihan A, tak perlu keluarkan belanja yang banyak. Paling tinggi pun, perlu naiktaraf nilai storan di Google Drive.

Pilihan B, perlu sedikit pelaburan.

Pilihan C, sebelum ni tak pernah terfikir.

Cuma bila dipaksa untuk buat saringan untuk masalah ni, kita cuba senaraikan sebanyak mana yang boleh, opsyen yang ada, walaupun pada asalnya ia mungkin tak nampak sebagai penyelesaian yang logik & mampu buat.

Jadi, langkah seterusnya, aku Google, buat sedikit bacaan.

Nampak ada possibility disitu, untuk pilihan C.

Jumpa syarikat yang fokus pada troubleshoot peranti Apple.

Terus hantar mesej, tanya.

Dan jawapannya, pilihan C boleh!

Harga untuk 1TB, RM2.3k.

Bila sampai tahap ni:

Pilihan A – RM10,799 (belian terus)

Pilihan B – RM8,799 (belian terus ikut cara trade-in)

Pilihan C – RM600/bulan untuk 18 bulan kehadapan (belian kaedah instalment)

Pilihan D – RM2,300* (naiktaraf storan Macbook sedia ada, ke 1TB)

Pilihan E – RM42.99/bulan sampai mati (naiktaraf storan di Google Cloud kepada 1TB, dan muat naik fail yang kurang pakai ke sana)

Pilihan F – RM186 (belian external HDD – harga di Shopee)

Saringan pertama – pilihan C tampak paling menarik, untuk dapat Macbook baru, pada nilai cash outlay terendah.

Pilihan E pulak, cash outlay paling rendah, cuma masalahnya kita akan bayar in perpetuity, a.k.a sampai mati.

Pilihan F, cash outlay kedua terendah. Tiada langganan. Cuma perlukan komitmen masa & disiplin untuk sentiasa buat file transfer secara berkala. Risiko – peranti hilang dan rosak.

Sekali lagi saringan, tampak pilihan D yang boleh capai matlamat, pada masa yang sama:

– Tak perlu komitmen bayaran bulanan macam opsyen E;
Cash outlay yang lebih rendah dari opsyen A dan B;
– Seolah-olah seperti opsyen C, cuma hanya perlu ‘berlapar’ untuk 4 bulan saja, bukan 18 bulan.

Jadi, makin jelas, pilihan mana yang patut ambil, setelah pertimbangan keperluan dan juga keseimbangan kewangan dibuat.

Yakni pilihan D.

Dan jimatlah RM8,499 🙂

*masa post ni ditulis, kos-kos lain (contoh upah tukang) masih belum diterima.

You may also like

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *