Kecelaruan akibat daripada pilihan yang terlalu banyak.
Katakunci:
– Paradox of choice
– Lebih banyak pilihan, lebih banyak kapasiti kognitif yang perlu guna (cognitive load)
Contoh:
– Dalam nak beli sesuatu barang, kita akan dihidangkan dengan pelbagai jenis pilihan, daripada:
i. Jenama
ii. Harga (premium lawan mampu milik lawan harga marhaen)
iii. Kualiti
Pemudahcara:
– Tentukan pembelian berdasarkan tapisan yang penting. Kita tentukan apa yang penting.
– Contoh, nak beli makanan untuk ‘snacking’ waktu malam. Penilaian pembelian akan berbeza ikut situasi kita. Maka tapisan juga akan jadi berbeza.
– Tapisan mereka yang sensitif dengan nilai kalori & kualiti kandungan makanan, akan lebih fokus kepada kualiti lebih dari harga.
– Manakala bagi mereka yang sensitif kepada harga (price sensitive), harga akan jadi tapisan utama.
– Jadi, terhadkan tapisan ikut situasi masing-masing. Letak maksimum 3 tapisan.
– Buat keputusan berdasarkan tapisan tersebut, dan bersedia untuk ‘menyesal’ selepas beli (buyer’s remorse) – anggap ini perkara biasa.
[…] Nak beli kereta, spesifikasi penting dah buat, lebih-lebih lagi bila semua gangguan-gangguan dibuang & kejelasan dalam nak buat keputusan sudah […]