Berhenti Obses Dengan Channel

Tahun 2018 ni ada satu benda yang saya belajar dalam marketing, iaitu:
.
Berhenti obses dengan ‘channel’.
.
Masa muda² dulu kalau tanya apa channel marketing favorite, tanpa segan silu saya akan cakap “Channel A!”
.
Dan mula lah dengan 1,001 sebab kenapa Channel A lebih baik dari Channel B, C, D, Z.
.
Punyalah semangat sampai dah nak insytihar perang kat siapa² yang tak sehaluan dengan saya, haha.
.
Tapi sekarang, dah semakin berumur ni kita makin berlapang dada.
.
Mana² channel dah tak ambil pusing, asalkan pulangan setiap sen yang dibelanjakan tu kena dengan allocated budget untuk iklan, itu sudah cukup.
.
Dulu pun saya pernah cerita pasal channel² ni semua macam satu team bola.
.
Ada channel fungsi dia untuk dapatkan jualan.
.
Channel yang lain untuk jadi ‘pembuka jalan’ untuk kenalkan produk/servis kita. Kita tak expect akan dapat jualan dari channel ni.
.
Ada orang panggil integrated marketing, ada yang panggil omnichannel.
.
Mana nak pilih buat dulu?
.
Mula dengan channel yang boleh bagi direct impact dekat revenue.
.
Maksudnya cari channel yang boleh dapat ‘direct response’ dari prospek, yang akhirnya boleh translate kepada jualan.
.
Kalau langsung takde pengalaman dalam buat pengiklanan online (paid ads), fokus pada:
.
1. Channel yang kurang hal² yang renyah & teknikal

2. Channel yang terus connect kita dengan prospek yang relevan dengan produk/servis kita – tak perlu terlalu banyak steps untuk prospek connect dengan kita.
.
Channel ni tak semestinya platform iklan berbayar (macam FB ads, Google ads, Twitter ads dll.), boleh jadi jugak marketplace macam Mudah, Shopee, Lazada, FashionValet dan sebagainya.
.
Dan untuk yang baru nak start, tengok balik pada 2 kriteria kat atas.
.
Nak buat semua channel dalam satu masa? Pun boleh takde masalah.
.
Kalau ada duit, ada kepakaran, ada masa, boleh saja. 
.
Itu yang company besar buat.
.
Tapi kita yang belum sampai tahap tu, boleh la mula dengan channel yang bagi impak kepada revenue dulu.

Facebook Comments