Cerita Pasal Segmen

Kalau tuan/puan ada Instagram (IG), perasan tak satu perkara pasal ‘micro influencer’ ni?

Ada sorang tu, kerja dia tangkap gambar kat tepi pantai, lepas tu dalam kereta depan stereng.

Ramai je orang like & komen gambar-gambar dia.

Ada sorang tu, jenis hipster sikit, pantang pergi tempat yang IG-worthy, mesti nak tangkap gambar.

Dan orang macam tu pun gambar dia banyak like & komen.

Ada yang sorang lagi ni, level macam artis. Gaya nya dah sampai tahap artis. Followers-nya dah boleh kalahkan artis yang jenis suam-suam kuku.

Pun banyak like & komen.

Rasa-rasanya, yang komen & like tu datang dari segmen manusia yang sama atau lain?

Tuan/puan pilih jawapan masing-masing.

Saya pilih segmen manusia yang lain.

Dan sebab apa saya cakap macam tu, ianya daripada hasil ‘personal observation’ saya.

Bukan untuk stereotaip, cuma apa yang saya nampak, sesetengah:

1. Produk

2. Channel atau platform

adalah sesuai untuk sesetengah segmen saja.

Contoh ada satu platform (yang saya terpaksa rahsiakan namanya), kalau perasan produk-produk yang terjual di situ, yang ‘hot selling’ semuanya pada ‘range’ harga yang bawah dari RM50.

Dan ada platform yang lain, memang susah nak jumpa produk yang harga bawah dari RM50.

Bila tengok gaya persembahan, gaya percakapan, boleh nampak perbezaan antara produk & channel/platform ni.

Juga dari situ jugak, sebenarnya boleh tentukan nilai LTV (lifetime value) pelanggan yang beli produk melalui channel/platform tersebut.

Facebook Comments