Berhenti Obses Dengan Channel

Tahun 2018 ni ada satu benda yang saya belajar dalam marketing, iaitu:
.
Berhenti obses dengan ‘channel’.
.
Masa muda² dulu kalau tanya apa channel marketing favorite, tanpa segan silu saya akan cakap “Channel A!”
.
Dan mula lah dengan 1,001 sebab kenapa Channel A lebih baik dari Channel B, C, D, Z.
.
Punyalah semangat sampai dah nak insytihar perang kat siapa² yang tak sehaluan dengan saya, haha.
.
Tapi sekarang, dah semakin berumur ni kita makin berlapang dada.
.
Mana² channel dah tak ambil pusing, asalkan pulangan setiap sen yang dibelanjakan tu kena dengan allocated budget untuk iklan, itu sudah cukup.
.
Dulu pun saya pernah cerita pasal channel² ni semua macam satu team bola.
.
Ada channel fungsi dia untuk dapatkan jualan.
.
Channel yang lain untuk jadi ‘pembuka jalan’ untuk kenalkan produk/servis kita. Kita tak expect akan dapat jualan dari channel ni.
.
Ada orang panggil integrated marketing, ada yang panggil omnichannel.
.
Mana nak pilih buat dulu?
.
Mula dengan channel yang boleh bagi direct impact dekat revenue.
.
Maksudnya cari channel yang boleh dapat ‘direct response’ dari prospek, yang akhirnya boleh translate kepada jualan.
.
Kalau langsung takde pengalaman dalam buat pengiklanan online (paid ads), fokus pada:
.
1. Channel yang kurang hal² yang renyah & teknikal

2. Channel yang terus connect kita dengan prospek yang relevan dengan produk/servis kita – tak perlu terlalu banyak steps untuk prospek connect dengan kita.
.
Channel ni tak semestinya platform iklan berbayar (macam FB ads, Google ads, Twitter ads dll.), boleh jadi jugak marketplace macam Mudah, Shopee, Lazada, FashionValet dan sebagainya.
.
Dan untuk yang baru nak start, tengok balik pada 2 kriteria kat atas.
.
Nak buat semua channel dalam satu masa? Pun boleh takde masalah.
.
Kalau ada duit, ada kepakaran, ada masa, boleh saja. 
.
Itu yang company besar buat.
.
Tapi kita yang belum sampai tahap tu, boleh la mula dengan channel yang bagi impak kepada revenue dulu.

Facebook Comments

Cerita Pasal Segmen

Kalau tuan/puan ada Instagram (IG), perasan tak satu perkara pasal ‘micro influencer’ ni?

Ada sorang tu, kerja dia tangkap gambar kat tepi pantai, lepas tu dalam kereta depan stereng.

Ramai je orang like & komen gambar-gambar dia.

Ada sorang tu, jenis hipster sikit, pantang pergi tempat yang IG-worthy, mesti nak tangkap gambar.

Dan orang macam tu pun gambar dia banyak like & komen.

Ada yang sorang lagi ni, level macam artis. Gaya nya dah sampai tahap artis. Followers-nya dah boleh kalahkan artis yang jenis suam-suam kuku.

Pun banyak like & komen.

Rasa-rasanya, yang komen & like tu datang dari segmen manusia yang sama atau lain?

Tuan/puan pilih jawapan masing-masing.

Saya pilih segmen manusia yang lain.

Dan sebab apa saya cakap macam tu, ianya daripada hasil ‘personal observation’ saya.

Bukan untuk stereotaip, cuma apa yang saya nampak, sesetengah:

1. Produk

2. Channel atau platform

adalah sesuai untuk sesetengah segmen saja.

Contoh ada satu platform (yang saya terpaksa rahsiakan namanya), kalau perasan produk-produk yang terjual di situ, yang ‘hot selling’ semuanya pada ‘range’ harga yang bawah dari RM50.

Dan ada platform yang lain, memang susah nak jumpa produk yang harga bawah dari RM50.

Bila tengok gaya persembahan, gaya percakapan, boleh nampak perbezaan antara produk & channel/platform ni.

Juga dari situ jugak, sebenarnya boleh tentukan nilai LTV (lifetime value) pelanggan yang beli produk melalui channel/platform tersebut.

Facebook Comments

Nota Pendek: Mencari Formula Kemenangan

Ada orang, by luck, bila buat iklan boleh jumpa terus ‘winning formula’. Terus kekalkan formula tu, ulang berkali-kali sampai tahap limit dia.

Dan ada orang (macam saya sendiri), terpaksa mencuba berkali-kali baru jumpa winning formula tu.

Seronoknya bukan main.

Cuma kalau kita buat berkali-kali ni, sebenarnya secara ‘halus’ kita belajar langkah demi langkah atau flow yang mana lepas ni kita boleh guna untuk kempen-kempen yang lain.

Tinggal nak dicuba di lain-lain pasaran/niche/vertical je.

Facebook Comments

Salam Dunia!

Assalamualaikum & hi!

Saya Amirul Faisyal, boleh panggil saya Amirul.

Ini blog kali kedua buat, lepas percubaan pertama tahun 2017 diakhiri dengan ‘server hosting’ ditutup.

Jadi kena pindah ke server lain, dan hasil tulisan sebelum ni, kebanyakannya gagal diselamatkan.

InsyaAllah saya akan tulis balik apa yang saya pernah terbitkan sebelum ni, buat rujukan tuan/puan pembaca yang budiman.

Dengan harapan, bila dah baca, praktis & mula kaut hasil dari usaha tuan/puan sendiri.

Jangan lupa belanja saya kopi bila dah dapat hasil nanti. 😀

Facebook Comments